Wednesday, September 15, 2010

hati celaru lagi

hati celaru lagi
hadir kamu sengaja menerbitkan
soalan-soalan
yang mencengkam jiwa

hati yang ada terlalu ingin
untuk terbang ke sana
mendakap terus jasadmu
kerna hanya itu mampu menenangkan

lantas,serukan namaku
sayang..

Thursday, June 24, 2010

bila bertanyakan khabar hati

hati saya??

mendung seperti hari ini.

=)

Tuesday, November 3, 2009

kalau percaya itu ada

kalau ada percaya
tidak perlu stalk laman sosialnya setiap minit
kerna pabila jujurnya dia
kamu adalah orang pertama dikemaskini setiap saat

kalau percaya
tidak perlu friend finder setiap jam
kerna pabila jujurnya dia
setiap jejaknya kebulan dan bintang juga dibawa kamu bersama

kalau percaya
tidak perlu diusik ruang peribadinya
kerna pabila jujurnya dia
sekecil2 ruang juga akan dikongsi bersama


kalau percaya
tidak perlu terlalu protective sehingga merimaskan
kerna pabila jujurnya dia
akan tau bagaimana menjaga dirinya


kalau percaya
tidak perlu dibelek setiap teks dlm kotak simpannya
kerna pabila jujurnya dia
kekasih gelap tidak mungkin ada dalam kamus hatinya

kalau percaya
tidak perlu dihafal senarai nama atau samakan charector setiap teman-temannya
kerna pabila jujurnya dia
teman-temannya juga akan menjadi teman-teman mu juga

namun,
jujur juga tidak perlu ditumpah 200%
perlu ada sedikit ruang untuk curiousity bermain di dalamnya
sedikit sahaja
biar ada sedikit asam garamnya hubungan
biar ada ruang defensive bila ada salah silapnya
biar ada hujah bila bertikam lidah

maka,
kalau percaya itu ada..jujur juga tetap di sana.

Saturday, October 31, 2009

lewat ini

lewat ini,
yang aku rasakan
dan yang hanya aku mau rasakan
satu rasa
yang berjuta warna
mewarna jiwa
pabila terpandangkannya
indah merajut rasa
terlarut bersama

tidak akan lagi kutanyakan pada bintang-bintang sana
di mana jiwa itu
tidak akan lagi tersedu di hujung bulan
mencari erti kosong dan hilang
tidak akan lagi aku mau khabarkan pada awan-awan itu
untuk melelong mimpi-mimpi semalam
cukup untuk itu
mereka sudah cukup lama memeluk aku

dalam waktu yang terus berjalan
cukup sudah diteman pekat malam
yang selama itu cuma yang ada
senyum yang layu juga sayu
cukup di situ.
aku sudah letakkan semua dibelakang pintu.

di balik tirai putih halus
langit jingga sudah menggamit
katanya mau menghapus semua mimpi sepi di hati
yang terindah
ada di sini

maka,
akhirkan semua kelam semalam
hanyutkan semua.

hati biru

dalam matamu itu
bisa aku lihat
sesuatu yang bisa merenggut
hati biru ini
menarik2 aku untuk memegang
meronta2 aku untuk menerpa
yang bisa memutus nafas
memberhenti degup jantung
kerana yang ada di balik
panahan sinar mata kamu

lalu hati biruku
mencari lagi
apakah itu
yang mampu membikin bintang
disentuh dihujung jari
yang mampu membuat
aku berjalan atas bulan

raihlah..
dan rangkul aku
lalu bisikkan
itu bukan mimpi kayangan aku
itu..
adalah..
cinta tulus kamu
diserah untuk memerahkan semula
hati biru aku

Friday, August 21, 2009

arjuna cintaku sudah melambai

jasad terbasah di tengah curahan air langit
jiwa juga sudah membasah

dari sekecil-kecil tubuhmu di hujung denai itu
yang entah dari mana munculnya kamu
sehingga berada setentangan mata
aku masih kaku
tertunduk di situ

lantas aku dirangkul sehingga lemas
diam dan kosong
degup jantung menderas
hati terpaku
bibir membisu

yang di belakang kamu
sedikit-sedikit
dan perlahan-lahan
aku terlihat sang arjuna cinta
sudah mula menjauh
semakin mengecil ke sana
dan memberitahu

bahawa..lambaiannya menanda
yang dia sudah mahu pergi
tiada lagi untuk kamu
tiada lagi dalam hati aku
rayumu sudah keras membatu
walau dipahat airmata
akan tetap lesu

Monday, August 10, 2009

keberadaannya menyempurna

kalau engkau mahu tahu
di sini ada orang dengan cintanya
seperti mana sang bintang yang cintakan malamnya
sentiasa ada
tidak pernah hilang walau sekali
walau dibiar pencil seorang diri
apa lagi mahu kamu?

keberadaannya dalam kisah hidup itu
menyempurna setiap pencarian
yang kau cari selama itu
takkan pernah dibiar engkau
kelam tanpa cintanya itu
apa lagi mahu kamu?

sehingga di suatu masa
tatkala patahnya sayapmu melebar
tika itu kamu memanggil-manggil namanya

tatkala dadamu tersesak
kamu menyeru-nyeru ayu birai matanya

tatkala kamu dihurung sunyi sepi
kamu merayu-rayu aura hadir bayangannya

tatkala angin mati tiada bertiup
kamu mencari-cari wangi aroma liuknya

tatkala itu,
dia sudah pun melayang pergi
dan kamu ketahuan
apa lagi yang dimahukan.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence