Thursday, January 15, 2009

mahukah kamu?

kalau lah di sekilas detik
sewaktu aku sedang menyongsang
di dalam ribuan manusia di jalanan sempit ini
dengan tersemat sebuah buku puisi di pelukanku
yang terpempan bila mana
terpandangkan sesusuk tubuh kamu
yang dijarakkan manusia beribu itu

mahukah kamu mencari aku seperti mana aku ini?
lantas berlari mendapatkan aku?
dan menuntun aku untuk di bawa pergi bersamamu?
mahukah kamu?

bentangkan yang terindah itu

di balik tingkap kaca kamarku,
bentangkan luasnya laut biru,
membuntangkan anak-anak mataku,
diam memaku,
yang akan aku pandang jauh,
mencari di mana hujung garis laut itu.
yang dilangitnya,
cuma ada garis-garis awan yang lembut
bersih dan hanya biru.

di mana,
setiap pagi bangkitku,
berjalur-jalur sinar mentari menyusup,
menyapa setiap inci kulitku,
mengertikan yang aku,
sekadar mahu didakap bayu lembut bersama,
yang masih dingin diselimuti di atas ranjang.

Wednesday, January 14, 2009

bedil sahaja aku ini dengan segala pujuk rayumu dan apa sahaja yang kamu fikir bisa mengembalikan aku.

kerana yang pastinya aku tetap di situ.tidak berganjak.tidak berpaling.juga tidak melihat apa yang kutinggalkan dibelakangku.tidak ke mana.

tetap di situ dan masih di situ.

Tuesday, January 6, 2009

belajar lah menghargakan sebuah kesempuraan

kalau kesempurnaan sesempurna si orang kayangan yang kau cari,
maka pergi.

kerana aku sehabis daya menutup segala liang cela
yang cuma untuk membikin kamu senang.

dan sekian kalinya aku bergalas menyempurnakan seorang aku,
aku sedar yang itu semua palsu.

kenapa tidak kau kutip sahaja seadanya seorang aku ini?
walhal yang itu sudah cukup sempurna jika kamu tau hargakan.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence