Friday, August 21, 2009

arjuna cintaku sudah melambai

jasad terbasah di tengah curahan air langit
jiwa juga sudah membasah

dari sekecil-kecil tubuhmu di hujung denai itu
yang entah dari mana munculnya kamu
sehingga berada setentangan mata
aku masih kaku
tertunduk di situ

lantas aku dirangkul sehingga lemas
diam dan kosong
degup jantung menderas
hati terpaku
bibir membisu

yang di belakang kamu
sedikit-sedikit
dan perlahan-lahan
aku terlihat sang arjuna cinta
sudah mula menjauh
semakin mengecil ke sana
dan memberitahu

bahawa..lambaiannya menanda
yang dia sudah mahu pergi
tiada lagi untuk kamu
tiada lagi dalam hati aku
rayumu sudah keras membatu
walau dipahat airmata
akan tetap lesu

Monday, August 10, 2009

keberadaannya menyempurna

kalau engkau mahu tahu
di sini ada orang dengan cintanya
seperti mana sang bintang yang cintakan malamnya
sentiasa ada
tidak pernah hilang walau sekali
walau dibiar pencil seorang diri
apa lagi mahu kamu?

keberadaannya dalam kisah hidup itu
menyempurna setiap pencarian
yang kau cari selama itu
takkan pernah dibiar engkau
kelam tanpa cintanya itu
apa lagi mahu kamu?

sehingga di suatu masa
tatkala patahnya sayapmu melebar
tika itu kamu memanggil-manggil namanya

tatkala dadamu tersesak
kamu menyeru-nyeru ayu birai matanya

tatkala kamu dihurung sunyi sepi
kamu merayu-rayu aura hadir bayangannya

tatkala angin mati tiada bertiup
kamu mencari-cari wangi aroma liuknya

tatkala itu,
dia sudah pun melayang pergi
dan kamu ketahuan
apa lagi yang dimahukan.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence