Thursday, October 30, 2008

bila ada yang datang akan ada yang pergi

itu kan lumrah dan menjadi kelaziman kehidupan.
yang kukira perlu diterima untuk menjadi kebiasaan kita.
walaupun berat untuk melepaskan,
namun kita perlu kira hikmahnya.
mungkin ada yang terbaik menanti waktu mereka pergi.
mungkin nasib yang baik atau kehidupan yang lebih baik?
takkan ada siapa-siapa pun tahu apa ada pada masa depan bukan?

maka, buat sahabatku IRA,
yang baru kukenal belum sempat dua purnama.

pergi saja lah.
ada yang lebih baik untuk kehidupan kamu nanti.
bukan tidak boleh ketemu kan?dan selalu-selalu berhubung ya?
kenangan-kenangan disini simpankan dengan rapi.
kami di sini akan selalu teringatkan kamu.
baik-baik ya?
jaga diri.

Monday, October 27, 2008

malam semalam kelam

seharian merasa kosong semalam,
tidak tahu mengapa,
menerawang sahaja akal ini entah ke mana.

merindu barangkali?
ayahanda,adinda-adinda,teman-teman,cinta hati?
ya,mungkin.

jadi,kulangkahkan sahaja kaki ini kemana-mana semalam.
mahu melihat manusia-manusia.
mahu dihingar untuk mengisi kosong yang tak diundang ini.

tunduk sahaja semasa berjalan.
menyepak segala apa yang ada sepanjang susur itu.
bosan.
enjin-enjin kereta menderu.
rimas.

ku mendongak pula kelangit.
harapkan dapat melihat sejalur sinar bintang,
atau separuh muka bulan.
tiada.
hampa.
kelam.

kalau lah ada,sekurang-kurangnya bisa tersenyum sedikit.
kerana bintang dan bulan ada menemani.
tapi tiada.

pulang sahaja,
menongkat dagu di birai jendela.
melihat pekat langit lagi.
menunggu beberapa ketika.
mana lah tahu,nasib bintang itu ada,
walau sebutir?
tetap tiada.

bukan nasib aku malam ini barangkali?
untuk melihat teman-teman langit itu?
jadi, langit pun kosong seperti aku.
pekat dan kelam.

Wednesday, October 22, 2008

kalau sebelum ini aku alpa..

hari ini aku mau menulis sedikit tentang ketuhanan,
bukan apa-apa,kalau sebelum-sebelum ini,perkara-perkara suruhanNya itu kulakukan,namun terdetik tak kita bahawa dengan pengisian setiap perkara yang kita kerjakan itu?bukan sekadar melakukan for sake of doing it only?

kalau solat,bukan sekadar tonggang tonggek lima waktu,
kalau puasa bukan tahan lapar dan haus,
kalau bersedekah bukan sekadar mencampak syiling atau not seringgit ke dalam tin atau tabung derma,
kalau buat sesuatu perkara bukan sekadar siap tanpa ada rasa ikhlas,
bukan itu semua.

maksudnya,setiap yang dikerjakan itu perlu ada penghayatannya.betulkan?
jadi, selama ini apa sahaja yang kulakukan,bukan semua ada penghayatan.

penghayatan membawa kepada keikhlasan yang apabila adanya ia,
tanpa disuruh-suruh,tiba kamu itu meratap menangis,meminta-minta padaNya.

dan dengan adanya penghayatan,puasa kamu yang sepurnama itu dirasa sangat terisi dengan barkahNya.

yang kamu rasakan setiap pemberian kamu pada siapa-siapa pun membuatkan mereka bersyukur dan memberi ketenangan hati.

juga yang kalau kamu melakukan sesuatu,sentiasa cantik dimata dan tak perlu meminta mereka puji-pujikan kamu,tapi kamu tahu kamu itu disanjung kerana ikhlas kamu itu.

aku mencari itu..

makanya, hari ini aku yang rasa kosong tadi,
membuka kitab tuhan..
lantas kubacakan bait-baitnya..
asyik dan lazat..
dimulakan dengan umul kitab yang kusedekahkan pada arwah bonda,
perlahan-lahan mata mula berkaca

hiba sangat yang kurasakan ketika itu
kerana ku sedar sekian lama aku tinggalkannya..

aku ini hanya hambaNya yang hina
dan tidak layak meminta-minta padaNya
apatah lagi mahu mengadu-ngadu

dan kupercaya,
sehina mana kita,
tuhan itu takkan pernah membiarkan ratapan setiap hamba-hambaNya
Dia akan mendengar kerana ia Maha Mendengar
juga takkan pernah mebiarkan hambaNya tidak merasa bahagia
kerana ia Maha Pengasih dan Maha Penyayang

cumanya,
kamu itu perlu menjadi manusia yang tahu asal usulnya
lantas berusaha menjadi insan,
dan cantik dipandang seperti intan luar dan dalam.

Tuesday, October 21, 2008

kamu,sangat menyenangkan

ya, kamu itu..
yang mencuba memberi segala gembira yang ada

senang sekali kamu tau?
sekali-sekala terasa diri
disuluh didalam keramaian kita
itu cukup mendamaikan
tenang..penuh dengan senyum dibibir.
membikin hati riang dan girang

maka,
terima kasih untuk itu, sahabat.

Monday, October 13, 2008

perihal yang menjengkelkan aku

antaranya,

situasi 1:
jengkel di mana aku mempunyai seorang sahabat yang sudah bertahun kamu kenal.sejak di zaman persekolahan.maka,setelah sekian lama,aku mahu menghubunginya.maka,apabila sahabat itu dihubungi,operator voice mail menjawab,

"nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi" atau;
"talian ini sedang sibuk digunakan"
"the number that you call is not in service" (paling sadis nih)

jadinya,aku tinggalkan teks untuknya kan.tapi masih tidak berjawab.
alternatif lain,aku akan menghubungi orang yang terdekat dengannya.bila ditanya adakah dia masih menggunakan nombor itu,mereka menjawab ya.haih!menjengkelkan!sudah bagus aku mahu hubungi kamu bertanyakan keadaan kamu itu.dan yang lagi menjengkelkan,apabila berjumpa dengan klik yang sama-sama belajar dulu.mereka akan menanyakan pasal kamu tau tak.yang mana aku ini perlu menjawab setiap satunya!bukan penat dengan pertanayan2 itu.tapi bosan apabila aku perlu menjawab 'tak tahu'. walhal,suatu masa dulu kita antara sahabat yang rapat.makan sepinggan juga tidur setilam dan sebantal.

kalau pun kamu sudah tidak mahu diganggu,bagitau sajalah dan sekurang-kurangnya teks sahaja.maka,aku takkan menghubungi kamu lagi.serius neh.

situasi 2
jengkel bila mana orang asyik menanyakan status bila mahu berkahwin.haih!siapa tidak mahu bahagia berdua disamping suami terchenta bai?sabar lah..seru tak sampai lagi.keinginan tu tak mendesak lagi.tapi akhir-akhir ini aku sangat sukakan kanak-kanak.haha!mungkin itu petanda?tapi tidak dalam masa terdekat ni lah..aku baru 23 tahun la..jauh lagi nak jalan.sahabat-sahabat yang seusia ada yang sudah bertunang,berkahwin bahkan ada yang sudah hampir melahirkan.tahniah korang!kamu semua sedang berbahagia.maksudnya,antara doaku untuk sahabat-sahabat ada yang dimakbulkan.kkalian doakanku juga ya?

situasi 3
jengkel apabila orang asyik mengingatkan aku untuk menurunkan berat badan.haha!which is good guys..aku sayang korang kerana mengingatkan perkara itu.teringat seorang kolig ni berkata,
"girl, you better consider to lose weight after Raya keyh!it's good for health you know since you have bla..bla..bla..bla"
kadang-kadang bosan dan bingit,kadang-kadang seronok kerana,masing-masing akan memasang angan-angan untuk lose weight.maka,esoknya akan mula dengan diet yang sihat.

breakfast: oat or nestum.
lunch : less rice and lots of veges and fruits
tea time : green tea
dinner : soup or porridge

tapi tak sampai seminggu pun..hahah!

situasi 4
Berniat hendak shopping,biasanya slippers,shoes or shirts la.bila dah berkenan,tiada saiz!itu sangat menjengkelkan.sampai seorang sahabat berkata,mungkin kamu kene pakai brandy stuff.sh*t.brandy stuff je ke yang ade saiz aku nih??
kalau mampu aku dah pakai bai!tapi dengan gaji yang ngam2 setelah ditolak itu ini,baik tak payah.hello,yang koyya pun cantik dan boleh dapat saiznya kalau pandai cari.jadi, kepada mereka yang bersaiz chomel,jangan rendahkan keyakinan anda hanya kerana saiz kite.yeaah!

situasi 5
apabila kamu merancang untuk bertemu rakan-rakan,kamu adalah orang yang pertama sampai dan terpaksa menunggu.kalau lima spuluh minit ok lagi la.kalau dah setengah jam ke atas,memang kamu merosakkan mood.tolong lah!aku orang yang menepati masa.jadi jangan bazirkan masa aku hanya kerana menunggu.kerana,kamu boleh dapat lihat muka yang paling palat di dunia selepas itu.tak percaya,cuba!

situasi 6
pagi-pagi masuk office,perkara pertama yang kolig update adalah cerita-cerita politik.eee..jengkel la kawan!kalau kamu bising-bising mengatakan leaders kite corrupt la,government sucks la dan macam-macam lagi,apa je yang kamu boleh buat pun kan?jadi diam!aku nak buat kerja dangan tenang.boleh?

situasi 7
orang yang suke complaint.stop complaining can or not people?dapat makan sedap pun kau complaint,kerje dalam aircond pun kau complaint,tea lady dah buatkan kau kopi tiap-tiap pagi pun kau complaint,ape lagi yang kau nak complaint?laki kau bad in bed taknak pulak complaint?
such an irritating people!

ok,ni antara situasi-situasinya.nak kongsi perkara yang menjengkelkan kamu dengan aku?silakan.

Sunday, October 12, 2008

aku gilakan kau,pelangi

Cantik, namun hanya bisa dipandang sesekali sahaja.
Itu pun kalau ada mentari membias sesudah renyai.
Nasib2 lah..

Memandang kamu itu mendamaikan,
Cukup hanya dengan tujuh warna kamu itu..
Sudah bisa mewarna langit mendung.

Lantas,seorang ibu mengatakan pada si kecil itu..
“Sayang, mari.Lihat pelangi itu”

Anak kecil itu terus berlari ke arah ibunya,
Memanjat tepian jendela, melekapkan kedua-tangannya pada cermin jendela,
Untuk melihat semata kamu wahai pelangi..comel!!
Tak terkerdip mata si kecil dengan bibir mungilnya sedikit regang melihat akan kamu itu..
Tidak hairan kalau aku juga begitu..membuat hati tergila-gilakan kamu.

Si kecil pula bertanya
“Ibu, boleh tak adik nak lihat pelangi hari-hari?”
Si ibu diam lalu tersenyum dan mengusap2 kepala si kecil.
“Adik boleh tengok pelangi lepas hujan aje..Kalau esok hujan,lepas tu adik dapat tengok lagi,”
Si kecil diam.Sedikit hampa agaknya.
Melihatkan itu, si ibu pun berkata.
“Ok sayang, esok kita buat pelangi sendiri, mahu?”
Melompat keriangan si kecil itu..

Maka,keesokan paginya, si ibu dan si anak bermain pancuran di halaman rumah.
Dan tercipta lah pelangi biasan dari air pancuran itu.
Si kecil begitu girang tak terkata, melihatkan pelangi sangat dekat dengannya.

Kamu nampak kan pelangi?
Betapa kamu itu memberi kedamaian di dalam hati si ibu,
Keriangan di dalam jiwa si anak,
Begitu juga lah aku.

Maka, selalu lah hadirkan dirimu walau hanya sekadar di dalam mimpi.
Untuk mewarna setiap mendung yang ada,
Agar bisa tersenyum kembali.

Wednesday, October 8, 2008

untukmu bulan

Bulan,
Jangan digerhanakan dirimu oleh cinta yang telah pergi
Jangan pernah menangis hanya kerana dirimu disisihkan jutaan bintang
Jangan dikisahkan kekekan gemawan yang sudah jauh itu
Juga jangan biarkan jiwa melayang lalu mengosong ditiup bayu kenangan

Kerana mentari itu masih ada di mana-mana untuk memberi cahaya
Agar dirimu kembali bersinar
Menjadikan kamu itu ratu sang hati
Dan percayalah..masih ada senyum menanti..

Saturday, October 4, 2008

ketibaan syawal yang dinanti

rasa sekejap benar sepurnama ramadhan sudah berlalu.kini sudah masuk syawal yang keempat (mengikut kiraan masa entri ini dinaikkan).syawal yang dinanti.hari yang dinanti untuk mengunjungi makam bonda.sejak 2006,syawal yang kunanti hanya untuk itu.sesudah menyempuranakan solat sunat aidilfitri,kami bergegas ke tanah perkuburan masjid klebang,melaka untuk mengunjungi makam bonda.perkara yang aku tidak sabar nantikan.sehari sebelum,aku dan adik sudah mencari daun-daun pandan untuk dibuat bunga rampai.kucampurkan dengan sedikit bunga kenanga yang dipetik di teratak nenda.sangat harum.semerbak baunya di dalam kereta.dari jauh batu nisan putih itu kulihat kabur.sepanjang perjalanan ke situ mata asyik berkaca.

setiap memori sangat aktif bermain disegenap ruang kotak ingatan.mana tidaknya,aku inilah anak yang paling rapat di ketika bonda memerlukan sokangan dan kekuatan agar dia kuat melawan sakit-sakitnya.daripada menjaga makan minum,menolak kerusi roda untuk bersiram,menguruskan kewangan,urusan doktor,preskripsi sehingga suara terakhir yang dituturkannya aku ini sahaja di sisinya.kawan,kalau kamu,manakan bisa kamu luputkan semua itukan?aku seorang sahaja yang melihat dan merasa semua itu.aku belum puas dengan semua itu.bonda pernah berkata maaf padaku kerana dirinya itu meyusahkan walhal,semua itu sebahagian daripada bahagiaku yang kekal hingga kehujung nafas,bonda.

tapi mereka-mereka ini tidak akan pernah mengerti mengapa setiap kali aku teringat akan bonda,airmata ini menjurai secara tiba-tiba.aku yang menghadapi semua itu.mengajarkan ucapan kalimah syahadah di cuping bonda.kamu tau apa!hanya memintaku redha dengan pemergiannya.hey!aku redha dengan pemergian bonda.aku lega dia pergi kerana tidak perlu lagi melihat seksanya dia menghadapi semua sakitnya.juga tidak perlu lihat sedih yang disimpan kerana memakan hati dengan sikap-sikap mereka yang wujud tapi tidak pernah ada disisinya di saat dia memerlukan.ya Allah,semoga seksanya bonda itu sebahagian daripada penyucian dosa-dosanya padaMu ya Allah.ya, aku redha.

selamat hari raya,bonda!kami di sini merindu.tenang ya di sana..

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence