Monday, September 29, 2008

airmata menjadi semakin murah menjelang lebaran ini

beberapa hari yang lepas aku tekskan sahabat ini,sort of mahu mengadu.ku tanyakan mengapa sejak akhir-akhir ini mengapa air mataku semakin murah.dia menjawab simple,



''kamu rindukan bonda"

jawapan itu membuatkan hati ini menjadi lagi sayu dan airmata semakin lebat mencurah.ya,aku sangat merindukan dia.tuhan,kalau bisa kuterbangkan sebentar roh ini ke langit,cuma untuk sujud dikaki dan mencium tangannya,izinkanlah tuhan.aku sangat butuhkan itu.jika tidak pun,tolong hadirkan dia dalam mimpiku.baik-baikkah dia di sana?tolong ya tuhan,jagakan dia untukku.selama hayatnya,dia sangat tenang.walau derita di sana sini.aku kagum yang itu.tiada siapa-siapa yang bisa lawan kuatnya dia di dalam.

mak,mari jenguk rumah ya.kakak dah hiaskan cantik-cantik.jangan lupa bawakan haruman kemboja itu.kalau pun tidak dapat merasa bayangmu,cukup dengan haruman itu.petanda kamu itu ada di samping-samping kami.

*tunduk,menyeka airmata lagi*

Sunday, September 28, 2008

menu berbuka saya hari ini


1) roti jala


lebih kurang jam 4ptg tadi kuajak adik tengah ku ini ke giant.membeli sedikit barang-barang dapur dan bahan-bahan untuk menu hari ini.setelah pulang dari giant,ayahanda masih ada di rumah.kebiasaannya,beliau akan pulang ke rumah keluarga baru untuk berbuka.sebaik sampai, aku terus menyediakan bahan-bahan yang hendak dimasak tadi.ayahanda juga ke dapur.suatu masa dulu,ketika bonda masih ada,kami sekeluarga memang akan sama-sama turun ke dapur dan masak bersama-sama.kerjaku,mengupas bawang,siang taugeh dan apa-apa sahaja yang simple la..hehe..tapi itu dulu.maka, ketika ku sibuk memunggah bahan-bahan itu, ayahanda terus mengambil sekampit tepung.dan berkata,

"nak makan roti jala ey?"

aku menjawab "a'ah la yah,lame betul tak makan."

ayahanda terus membancuh tepung itu dengan sedikit kunyit,telur dan garam.

beliau berkata lagi, "ayah bancuh,kamu kirai la ye?"

aku sekadar mengangguk.dalam masa yang sama tanganku sibuk memotong daging ayam.

kemudian.menumis bahan-bahan untuk kari pula.melihatkan itu,ayahanda terus memanaskan kuali.dan terus mengirai roti jala itu.hmm..sejak akhir-akhir ini kami memang jarang berbual bersama.rugikan?tapi yang aku rasa weird sangat petang tadi,walaupun kami memasak bersama-sama,masing-masing terus membisu seribu bahasa.mengapa ayahanda?aku pun seperti mati akal ingin memulakan perbualan.ah!nak menyedapkan hati,ayahanda sayangkan aku.kalau tidak,masakan dia mau aku menyediakan roti jala..yeah!!mungkin begitu cara ayahanda mau menunjukkan kasih sayangnya..

*diam tapi mata berkaca*


2)kari ayam

yeah..kalau tidak ada kari, tak lengkap la roti jala ini kan..berdebar juga dengan rasa kari aku kali ini.yelah..puasa.mana boleh merasa kan.lagi-lagi apabila kubekalkan sedikit juadah ini kepada keluarga baru ayahanda.tak tau lah bagaimana rasanya.tapi,mengikut pengkritik-pengkritik di rumah ini,merka kata sangat bagus.haha!kakak tau kalian rindukan masakan-masakan sebeginikan?sejak ketiadaan bonda kita.jadi,kakakmu ini sediakan ini.esok-esok mungkin bisa merasa laksa johor pula kan?(adik tengahku menyuarakan semalam bahawa dia maukan laksa johor.dik,kakakmu ini belum habis menuntut untuk juadah itu.nanti kakak buatkan.sedap atau tidak kita tolak tepi dulu ya?promise!)


3) jus longan dan nata de coco

nyamnyam..sedap juga jus ini.tak percaya,kamu cuba.sekadar setin longan dan nata de coco.jangn lupa letakkan ais..sedia diminum!yeaaah..


jadi,itu sahaja juadah berbuka kami adik-beradik hari ini..simple,tapi valuenya..tersangat-sangat berharga.roti jala bancuhan dan kiraian ayahanda, kari ayam masakanku,dan jus longan dari adik-adikku.perfect!lengkap dengan segala rasa.segala rasa kasih sayang dan rindu-rindu kita yang semakin jauh.


Saturday, September 27, 2008

welcome home, dear

maaf,entri ini sepatutnya sudah dipost semalam.tapi atas sebab kesibukan aku,maka baru sempat menaikkan entri ini hari ini.

lebih kurang pukul tiga pagi aku tiba di skudai.sebelum sampai,sempat memanggil adik tengah ku untuk menjemput ku.namun,tiada transpotasi katanya.tidak mengapa.ku tekskan sahabat yang seorang itu pula,namun jawapannya,cukai jalan sudah mati.roadblock di mana-mana.haih..

kepulangan kali ini tidak berjemput?tidak mengapalah.sekali-sekala.nasib ada teksi menunggu.maka, dengan mata yang terpisat-pisat ini,kumintakan pakcik pemandu teksi itu menghantarku.kena lah rm12.dah sampai.



apa yang aku nak bercerita ini berkenaan gadis-gadis yang dihadapan dan disebelah ku semasa aku di dalam bas tadi.ceritanya bermula sejak di bukit jalil lagi tadi.ada tiga orang gadis.rakan karib nampaknya.lebih kurang lingkungan 19 tahun.sahabatku menemaniku juga ketika menunggu bas.sementara aku meletakkan luggage ku di boot bawah bas,dia sempat berbual dengan gadis-gadis ini.tiba-tiba sahabat memanggil namaku.



"ai, adik ni nak duduk dengan ko.tempat duduk die jauh kat belakang.tapi member-member dia duduk dekat dengan ko"kata zam.



"owh!aa..ok la.dah bagitau driver ke?"

"saya dah bagitau kak..rasenye ok kot.."



maka,aku terus menaiki bas.tapi yang tak sedapnya,gadis itu telah mengambil tempat dudukku,tepi tingkap.haih!siap cakap tu,"takpe kan kalo akak dok sebelah saye nih?"
aku sekadar ok,lebih kurang je lah kan..maka sebaik sahaja gadis ini load barang2 die,telefon bimbitnya berbunyi.tapi dijawab dengan nada agak kasar.aku diam.sekali lagi berbunyi.dijawab dengan nada marah-marah,dan ditarik langsir tingkap itu.haih!aku sudah mula irritating dengan perlakuan gadis ini.aku diam lagi.rasa macam nak bagitau kat gadis itu begini, "dek,boleh tak duduk dengan tenang supaya kamu ini tidak mengganggu ketenangan yang lain?"haha..sangat menjengkelkan gadis ini!!

sempat juga aku mendengar perbualan dia.nampak gaya macam sedang berperang perasaan dengan sang chentanya.tapi,gaduh dengan yang ini,berteks pula dengan yang lain..haih..budak-budak zaman sekarang..tak cukup dengan yang satu.kalau aku,dah ada tu,stick je la dengan yang satu..ah!mungkin aku pencinta setia..untung kamu dapat aku tau!haha..

sepanjang perjalanan ke jb aku tidak dapat melelapkan mata kerana ketenangan yang diganggu gugat.sehinggalah bas berhenti diperhentian machap,penumpan single seat disebelahku turun.terus aku beralih disitu.gadis itu hanya memandang.lantak lah!kakak tak selesa disebelah kamu la dik.begitulah ceritanya..

tips menaiki bas,hormat orang disebelah anda dan jangan ganggu gugat ketenangan orang.

Friday, September 26, 2008

SESUATU MENGENAI MANUSIA YANG LEMAH

sempat melirik jam di telefon bimbit ku.menjejak ke 1.30 pagi.di mana sahabat yang seorang ini menghantar sms mengatakan beliau agak depress semenjak dua ini.makanya,aku meminta dia meneruskan apa yang mahu diluah.Teks smsnya bermula apabila sahabat ini mengadu yang dia tertekan dengan load kerja yang menimbun.Album-album yang perlu disiapkan sebelum raya.haih!!kalau aku dekat aku dah tolong ko beb!Tapi katanya tidak mahu mengganggu holiday aku di hometown nanti..tapi aku ini jenis tak boleh tengok sahabat sendiri dalam kebingungan dan tekanan.beb,will see what I can do for you once I'm coming back k?promise!aku tolong ko.

dia ada juga menyatakan instinctnya mengenai ex girlnya yang mungkin akan mendirikan masjid dalam masa terdekat.ah!instinct ko tu je beb.tapi kalau betul..barang yang lepas jangan dikenang..gadis-gadis kan banyak..maka,kudedikasikan lirik di bawah ini untuk kamu.

Uji Rashid - Mengapa Dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


*ko kan suke lagu nih..layan lah ko!!*

katanya lagi,mahu dipadam semua foto-foto yang ada,tapi tak berdaya.haha!!
beb!come on..jangan lemahkan jiwa-jiwa yang dah terkosong tu.hanya kerana seorang perempuan??ish..tolonglah!!wake up man!!wake up!!

wait for me to come back..then,just shoot whatever you want to say.cumanya,aku tak mau kamu jadi manusia lemah ok?




Thursday, September 25, 2008

hati sudah mula mau terisi :)

sekian lama berjalan seorang,
hanya dipimpin angin,
ditemani ranting-ranting patah kiri dan kanan,
beralaskan kerikil-kerikil mati di jalanan,
berbumbungkan langit-langit kusam itu,
kini sudah mula diwarnai..
oleh kamu-kamu yang terpandang kan aku,
walau sekilas cuma.

dulu,
tanah-tanah yang kupijak kering
kini sudah mula menghijau
ada bunga-bunga kecil sudah mula tumbuh..
langit pula sudah ada pelanginya

kasih yang dihulur kalian membuatkan semua indah kembali.
membuatkan hati sudah mula terisi.

maka kulangitkan kasih-kasih itu,
agar jari-jari ini tidak dipimpin angin lagi..

Monday, September 22, 2008

menghitung hari : )

kurang dari lima hari kuhitung2..mau pulang ke teratak bonda.berkumpul bersama adik beradik.aku dari KL.seorang dari melaka.lagi seorang menanti kakak dan abangnya di JB.ah!!indah perasaan ini.kakak rindukan kalian semua.*menderu rasa sebu di dalam hati ;)*
tunggu kakak ya dik!kitakan mau hiaskan cantik2 teratak itu bersama?.kerana bonda akan pulang menjenguk kamu tau.membawa haruman kemboja untuk rasa rindu kita ini.

*hati berbunga2 rasa tak sabar untuk semua ini*

sekadar perempuan tiri

Aku tak pernah menginginkan kau
Untuk ada dalam lembaran kisah hidup ini
Kerana aku tau
Kamu itu tak perlu

Keberadaan kamu di dalam hidup
Hanya menyengkang segala yang ada
Buat aku jauh,
Buat aku terlalu rindu
Dengan lelaki yang membesarkan itu

Aku sangat pasti dengan tiadanya kau dalam hidup ini
Aku masih mampu berdiri
Berlari jauh
Merentas benua kehidupan menongkah arus

Kamu!!sekadar picisan
Dan takkan mungkin dan takkan bisa
Menempatkan dirimu di mana-mana
Untuk apa semua itu?
Kerana aku masih bersama dia,bondaku.

Cuma, aku perlu akur,
Takdir itu sudah ada untuk aku
Kamu perlu ada hanya untuk lelaki yang kujunjung kasihnya itu
Walaupun kau aku sekadar memandang kosong
Tidak memberi sebarang erti.Maaf, kamu itu tak perlu dalam hidup ini.

Sunday, September 21, 2008

mengenai seorang anak perempuan ayahandanya

petang tadi ayahanda call.mintak tolong ku memasukkan wang ke dalam akaun adikku yang berada di melaka.buat wang saku untuk pulang ke teratak bonda nanti.aku mengiyakan sahaja.aneh ya?sepatutnya perbualan itu menjadi mesra di antara ayah dan si anak,dengan bermukaddimahkan pertanyaan khabar dan keadaan kehidupan ku di sini.tapi perbualan petang tadi terlalu straight forward kurasakan.yang lagi tidak masuk akal,perbualan itu hanya sempat menjangkau tiga puluh tiga saat.sangat tidak logik.tapi begitulah situasi si anak perempuan tunggal ini dengan ayahandanya.kesian.menyedihkan.

suatu masa dulu,aku inilah anak yang dikasih2 itu.ayahandanya memberi sahaja apa yang dimahukan.dikelek ke sana ke mari.setiap pagi dihantar ke sekolah sendiri oleh ayahanda.sedangkan adik2 yang lain terpaksa menaiki bas sekolah.wang saku yang lebih.bebas ke mana sahaja.dipanggil guru tuisyen persendirian ke rumah untuk aku semata.serba serbinya aku akan mendapat yang lain daripada orang lain.nampak istimewa bukan?tapi itu dulu.waktu engkau ditatang2 dan disayang2.sekarang tidak ada lagi itu semua.

semua itu kubiarkan berlalu.dibiarkan sahaja dalam lipatan kenangan.

lebaran semakin hampir.ayahanda sudah ada keluarga baru.sejak pemergian bonda, kami makin jauh.bukan aku tidak gembira untuk kehidupan baru ayahanda itu, tapi aku masih belum boleh melepaskan kenangan gerhana yang pernah berlaku dulu.bukan aku tak redha,tapi mungkin kerana masih merasakan bonda berada dekat di sini.walaupun pemergiannya sudah menjangkau tiga tahun.yang kukirakan bagai baru tiga purnama berlalu.sakit kamu tau,bila orang yang kamu sayang dan bermakna itu sudah pergi dari kehidupan kamu.membuatkan semuanya berantakan.keluarga,emosi,akal dan segala.*mata sudah berkaca-kaca,skrin nampak kabur sahaja*

namun bonda tidak pergi dengan semua yang ada padanya.sisa ketabahannya dalam mengharungi segala takdir di hadapan mata ada ditinggalkan untuk aku.juga kerikil-kerikil semangatnya yang pernah dihancurkan ayahanda dulu.aku kutip dan kusimpan di dalam jiwa ini, bonda. buat aku bisa melihat dunia ini masih jauh untuk aku jalani.tuhan, semoga lebaran kali ini aku dapat sambut dengan satu perasaan yang seperti dulu.seperti anak perempuan dengan ayahandanya yang tercinta itu.*gugur juga airmata ini*

Tuesday, September 16, 2008

nada bicara sama ibu

hey kawan,
tidak bolehkah kamu turunkan nada kamu ketika bicara sama ibu?
bagai sudah menjadi kebiasaan ya?
pedih aku dengar.
tahukah kamu,ibu yang melayan setiap kerenah kamu itu tidak pernah bersungut?
walau terguris mana hatinya dengan tingkah lakumu,disimpan saja.
kamu tak tahu.
sehingga waktu malam,ibu duduk di suatu sudut,menyeka-nyeka linangan dipipi dengan hujung lengannya.
sedih.
pedih.
anak yang ditatang tidak menjadi.
kasihan.

hey kawan
cuba-cubalah lembutkan nada engkau,walau cuma bertanya "mengapa?"
jangan jadi anak yang tidak diajar
yang dituduh nanti,ibu kamu jua.
perihal laku kamu mencerminkan segala.
ingat itu!

ingat!sementara kamu masih ada ibu..

*kalau bisa digantikan ibu siapa2 menjadi ibuku kembali..takkan sama.kasar jari jemari membelai dia tak sama*

EMOSI KEBELAKANGAN INI

sejak kebelakangan ini emosi kurang stabil.jadi apa pun yang berlaku disekeliling kurasakan agak menjengkelkan.bunyi nada dering si dia,dibiarkan saja.aku malas.jika diteks, juga dibalas biasa-biasa saja.mengapa?entah..bukan masa yang sesuai untuk dimanja dan dibelai2 barangkali?

tengahari tadi sempat berbual bersama seorang rakan.katanya ingin melancong ke sampoerna,sabah.aku diam.mendengarkan saja celotehnya yang agak ghairah untuk melancong lagi.mengajak ku bersama.yang pada ketika itu jiwa sedang menerawang entah ke mana.bosan.sehinggakan aku perlu katakan tenang padanya..banyak masa lagi..(sebenarnya aku harus berkira-kira bajet dan masa untuk semua itu)

ya..seronok memang seronok.tapi aku bukan sesenang engkau yang bisa ke mana saja tanpa mengira batas waktu dan peruntukan..aku perlu berkira-kira..kamu harus faham itu.tidak apa2kan kalau seronok itu tanpa aku..pergi saja lah..diam lagi.

mengenai majlis berbuka puasa kecil-kecilan bersama rakan-rakan seperjuangan,kulaungkan juga pada sahabat ini.kuwar-warkan juga ringgit malaysianya untuk seorang.tidak mahal..sekadar RM20++.katanya malas..buat apa sekadar nak ke tempat aku untuk makan-makan.ya..setakat rm20,apalah sangat pada kamu.tapi nilainya tak sama dengan momen gelak tawa kita bersama nanti.fikirkan itu.hey,kalau kamu??sakit hatikan?diajak perkara yang baik.diciptakan pula pelbagai alasan.kereta tiada,takut banyak kerja,tak boleh nak janji,jauh, dan semua itu kamu saja yang ada alasan itu.kalau diajak melancong,beriya benar menawarkan diri itu.*fudge*

lantas terus ku putuskan talian.kawan2, aku benci manusia yang punya berbagai-bagai alasan walaupun sekadar untuk perkara mudah.aku cuma harap alasan-alasan itu akan menjengkelkan kamu suatu hari nanti.pasti.

*err..apa yang aku bebelkan nih?(sengih)*

Sunday, September 14, 2008

kertas

Kamu yang terbaik untuk mendengar aku
Yang putih dan tulus
Telus tapi kaku..
Aku perlu kau berbicara sama aku
Bergaduh,mengadu domba dan tertawa
Namun kau tetap terus kaku

Kamu ini banyak menyimpan rahsia hati
Yang ditulis dengan bahasa jiwa
Lantas membuat aku tenang kembali..

Sebentar,
Sayangnya..kamu ini rapuh.
Bisa melayang entah kemana,
Juga hancur bila dihujani
Bisa rosak jika dikeronyok dan dihinjak berkali-kali
Apatah lagi tatkala api menjamahkan diri

Biar kau rapuh..
Pergi lah melayang
Biarkan kau hancur
Juga biar kau hangus..
Aku puas..kerna..
Kau pergi bersama rahsia hati..
Membelai rasa sepi
Dan terima kasih atas semua itu..

Saturday, September 13, 2008

ayu yang kukenal semalam

cukup lembut.mata sentiasa berkaca.tersirat seribu satu rasa dapat kulihat dari matanya.sentiasa mengukir senyuman untuk sesiapa sahaja.

semalam, zam call dan meminta kau menemaninya ke mantin untuk menghantar nendanya di sana. kata zam lagi, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual dan melayan tasya(puteri saudara dia dan juga buah hatiku). maka, aku setuju.dia menjemput aku selepas maghrib.

lebih kurang jam 8.30 malam, zam sampai. sebaik sahaja ku meluru ke dalam perut kereta, zam mengatakan yang dia perlu ke sebuah apartment untuk menjemput rakannya pula.aku mengiyakan sahaja. nendanya sedang tidur di belakang, sedang aku asyik melayan bual si tasya (baru menjangkau tiga tahun..comel!)

agak hairan juga aku kenapa zam mahu menjemput rakannya itu lalu aku menanya,

"siapa kawan ko tu?"
"ayu,tunang ex-bf aku"tenang jawabnya
"kenapa ko nak kene jemput dia?"lagi soalan kutanyakan
"dia merayu mintak tolong kat aku.tak tahan dengan tunangnya tu,panas baran sangat.semalam baru kene tibai lagi," dengus zam agak serius.
aku sempat mengucap panjang.terfikir, masih ada lagi makhluk Allah yang kolot sebegini.mahu melampias segala kemarahan disebabkan perkara yang sekecil zarah dengan meletakkan tangan ke atas wanita.brengsek!

bukankah wanita perlu dijaga,ditatang,dibelai dan dimanja?
hey jahanam!kalau kau tak tahu menghargai,tolong jangan memuja dia.tolong lepaskan dia.

melangit sumpah janji dan kata yang kau beri,namun apabila dia termakan pujuk rayumu,dilayan seperti binatang pula!jahanam punya manusia!
*maaf,aku terlalu marah sahabat sekalian dengan perangai manusia keji seperti ini*

maka, setibanya kami ditempat ayu, kami memakir ditempat yang agak tersorok.
zam meminjam telefon bimbit aku,lantas mendail nombor telefon ayu.

"hmm..sekarang.aku tunggu kat bawah ni.ko jangan lambat2. takut ade orang nampak pulak,"
seriusnya suara zam.sebaik zam mematikan talian, enjin kereta pula mati.

aku merasakan seperti berada di dalam drama melayu yang tipikal.sinopsisnya,bercinta,dek sebabkan cemburu,klimaksnya si perempuan terpaksa menerima habuan daripada si jantan yang pendek akal.si perempuan melarikan diri.dan aku seperti watak2 tambahan,membantu si perempuan untuk menyelamatkan diri.

Ya Allah, dugaan apa pula kali ini.berkali-kali zam mencuba untuk menghidupkan enjin.masih tidak berjaya.maka aku berkata,

"tenang zam, bagi kereta ko ni mase sikit, jap lagi ok la ni,"kataku memberi semangat
zam masih tenang. sementara nendanya sudah berbunyi sedikit2.zam cuma meminta nendanya bersabar.setelah sepuluh minit, enjin berjaya dihidupkan.alhamdulillah.

ayu masih diam dibelakang. yang kedengaran sok sek hidungnya seakan baru berhenti menangis.maka,kami meneruskan perjalanan ke mantin.setelah menghantar nenda zam,kami meminta diri kerana malam semakin larut.tasya juga sudah keletihan nampaknya.

di dalam perjalanan pulang, zam sengaja mematikan radio.aku meminta dia menghidupkan semula,namun zam berkata,
"aku nak dengar cerita ayu,"
aku terus menoleh kebelakang,dan ayu menundukkan mukanya.

setelah dipujuk,ayu memulakan cerita.dari sudut pandangan aku, mengapa ayu yang lembut ini harus merasa penangan dan sepak terajang hanya kerana pulang ke rumah lewat beberapa minit sahaja?aku tak nampak perlunya semua itu dihukum ke atasnya.itulah,si jahanam yang cemburu membuta tuli.tolol dan kolot!

maka, jalan terbaik,kami mencadangkan ayu agar pulang ke pangkuan keluarga dahulu,berbincang segala pemasalahan yang berlaku.pada mulanya ayu agak keberatan,namun setelah dinasihati,dia menurut juga.

kami terus ke stesen pekeliling.mencari2 tiket bas untuk ayu.aku menunggu di dalam kereta kerana tasya sudah nyenyak di pangkuan cik ai nya ni.15 minit berlalu.hampa,kerana tiada bas di waktu2 malam begini(hampir ke jam 12.30mlm).

solusinya, zam meminta jasa baik aku untuk menumpangkan ayu di rumah sewaku.tu sahaja jalan yang kami ada.maka, aku setuju. di dalam hati,gusar juga ya.kerana ayu yang baru kukenal beberapa jam lalu,sudah aku tumpangkan bermalam di rumahku.untuk menyedapkan hati,ah!apa salahnya menolong orang yang memerlukan kita.hari ini hari dia,mungkin esok aku lebih keberuntungan?siapa tahu.

sebaik tiba dirumahku,aku kata pada ayu yang dia tak perlu malu2.dia sekadar mengangguk.
sementara dia membersihkan diri,aku bersiap menyediakan tempat tidur.alah,rumah bujang.sekadar beralaskan tarita.

sesudah itu, kami menonton televisyen bersama,berbual sedikit2.serba sedikit aku tahu tentang ayu.mata agak mengantuk,matikan televisyen, terus hanyut.

tersedar jam 5.15 pagi.cepat2 ku ke dapur.menyediakan sahur untuk aku dan ayu.sekadar nasi goreng.ku hangatkan dan membancuh nescafe untuk kami.

usai solat subuh,kami bersiap-siap untuk menunggu zam.kami akan ke pekeliling semula untuk menghantar ayu.sepanjang perjalanan, zam menceritakan pengalaman dia semasa bersama tunang ayu dahulu.kukira sekadar peringatan dan langkah2 berjaga untuk ayu.bagus juga,sekurang-kurangnya ayu tau siapa tunang dia sebenarnya.bukan untuk mengapi-api,sekadar untuk ayu berfikir jauh atas hubungan itu.kasihan dia..

tepat jam 7.00 pagi, ayu selamat bertolak ke pahang.semoga dia baik2 sahaja.doaku agar dia selamat sampai.

wahai kamu tunang ayu!jangan kau carikan ayu ini dahulu.biarkan dia tenang2 dahulu.dengan adanya kamu yang brengsek itu,gadis ini sudah cukup menderita!

hari ini kau tangankan dia,esok kau menangis memuja
hari ini kau sepak terajangkan dia, esok kau sujud berjanji menyesalinya
kau yang brengsek ini,tidak pernah akan berubah.
janji2 kamu itu sekadar sampah.

Monday, September 8, 2008

ramadhan ini..

alhamdulillah..genap hari kelapan.terlalu banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam diri ni.ya!masa untuk kita memuhasabah..melebih2 dalam memuja Dia.
mengaut segala rahmat yang ditaburkan.tidak kurang seinci untuk setiap hamba yang mengikut segala suruhanNya.begitu Maha besar dan Maha Penyayang sang Pencipta itu.

kucuba mendekatkan jiwa dan nurani kepadaNya.
semoga lebih tenang di segala situasi yang mendatang.

semoga ku masih diberi masa melangkahkan kaki ke pintu taubatMu Ya Allah.
kuatkan aku ini, teguhkan jiwa ini, penuhkan nurani dengan nama2Mu itu.
agar tidak terlupa akanMu.
walau sedetik jua.

Sunday, September 7, 2008

suatu sudut dalam hati berkata..

Otak bingit
Kerna mereka yang tak ngerti apa itu damai
Tak pernah secelaru ini
Kerna terganggu dek hiruk pikuk ini

Lagi-lagi kau ditinggal seorang
Mereka ramai..dan berlalu pergi
Mereka berlari saling mengejari..
Indah bak pelangi
Aku diam..tunduk dan termenung..lagi
Kelat sahaja air muka

Hey kamu semua,
Boleh pinjamkan keriangan itu sebentar?
Buat hati ini mulai mahu merasa
Bagaimana keberadaan di dalam keramaian itu..

salam perkenalan..

Assalamualaikum..

Salam perkenalan kepada pembaca yang terjengah ke sini.
Semoga kita semua boleh menjadi kawan ya?terima kasih.
Untuk permulaan..mungkin tiada apa lagi yang ingin diperkatakan..
Mungkin esok?Lihatkan pada keadaan lah ya?

terciptanya kembangjiwa ini bukan apa2..
sekadar mahu meluah sedikit sebanyak segala rasa.
tidak apa2 kan?
maka, lihatkan sahaja apa yang tertulis di sini untuk hari2 yang mendatang ya..

:)

Salam perkenalan,
TINTA JIWA

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence