Thursday, April 23, 2009

well..happy birthday to you..

jam 8.15am.
celik mata.
merenung siling sebentar.
terasa tiada apa.
melangkah longlai.
radio dihidupkan.
segelas air jarang diteguk.
bersihkan diri.
bersiap.
melangkah keluar rumah.
merenung langit pula.
biru dengan sedikit awan2 dramatik.
kereta berpusu.
melintas jalan.
mentari pagi sedikit memanaskan.
ada yang berselisih mengucap selamat pagi.

dan baru teringat..hari lahir sendiri.
*senyum*

tiada apa yang istimewa.biasa2 juga.

dan..

sekurang-kurangnya masih ada yang ingat..
*senyum*

sekurang-kurangya pagi di kantor dimulakan dengan pelukan selamat sempena hari lahir ini.
*senyum*

sekurang-kurangnya ada yang menghulur sekotak kecil hadiah..
*senyum*

sekurang-kurangnya dapat juga sejambak bunga(bermacam jenis dan sampai ada yang aku tak kenal jenis bunganya..)
*senyum*

sekurang-kurangya ada yang teks kan "Selamat Hari Lahir!!"
*senyum*

sekurang-kurangnya ada ucapan yang disusuli dengan doa semoga dimurahkan rezeki..amin.
*senyum*

dengan semua itu..
sekurang-kurangnya sesekali terasa hidup ini sempurna sebenarnya.
cuma kamu mahu mengiyakan atau tidak.
*senyum lagi*

Wednesday, April 15, 2009

perbualan sebentar

si tengah :alo sayang!!
si kakak :yes darling..apehal?
si tengah :beb, lu tak balik minggu ni?
si kakak :balik..lu tunggu!!
si tengah :oraaaiiiitt!!caya la bebeh..
si kakak :apsal??ada projek baik?
si tengah :ade.baeeekk punyaaaa!!
si kakak :lu jangan bagai2 dok.
si tengah :tak banyak..nak suruh lu masak je..
si kakak :chet!

kadang2 karenah mereka yang kamu sayang..yang jauh di mata..
bisa menenangkan..bisa kembalikan senyum aku..bisa kembalikan semangat yang rapuh..haha!!
sesungguhnya,rindu sukar terungkap kan??
malu bilang sama aku..kan?kan?
aku rasa..kalau bonda masih ada kita tidak mencari sesama kita sebegini rupa kan?
:)

Wednesday, April 8, 2009

somebody,please tell me.how can I cannot miss this little girl??



telatah,petah,lirik mata.cukup.cukup untuk aku rindukan dia.

Tuesday, April 7, 2009

rama-rama sama balang kacanya

seperti..
rama-rama yang sekian lama berlegar hanya dalam balang kacanya
nafasnya diberi hanya melalui lubang-lubang kecil atapnya
yang punya sayap indah tidak terperi
tapi..tidak bisa terbang sendiri
di situ sahaja tetapan dunianya
yang setiap harinya merasakan..
hanya mampu dirasakan..
untuk mau sahaja rangkul
dan memeluk sekian apa adanya di luar sana
tapi ternyata tidak akan bisa
ilusinya tidak terjangkau
mampunya sekadar melekapkan diri di dinding kaca
apalah erti..apalah hidup..

sehingga..
di suatu pagi indah
bayu segar melintang lalu
sedarnya tiada lagi atap berlubang kecil di atasnya
masa untuk terbebas dari segala
perlahan-lahan tinggalkan pepejal lutsinar itu
yang menjadi mainan mimpi ngeri setiap malamnya
mau pergi jauh dari situ
terbang tinggi dari itu
mau bernafas sehabis mau

dunia luar balang kacanya sudah bisa mampu disentuhi
menari-nari atas semua kembang berwarna-warni
ada pelangi memayungi
langit biru turut sama menyanyi
bebas mengibar kemana sayap indah berseri
membikin si kumbang terasa iri
nyatanya unggas belantara
turut sama mengucap selamat kembali

kalau lah begini indah setiap laman hati
pasti tidak pernah akan ada lagi
anganan lesu berdiri
kerana
semua yang nyata
sangat bisa digenggam
juga mampu tertawan

Wednesday, April 1, 2009

katakanlah ia realiti.

katakanlah
kelibat yang melintas sebentar tadi
itu adalah kamu.
atau
katakanlah itu cuma bayang yang melintas
dalam bayangan aku
maka,
adakah itu rindu aku?
atau
aku sememangnya rindukan kamu?
kenangan tetap di situ
tidak terusik
aku tetap biarkan
dan katakanlah
yang melintas tadi realitinya
adalah kamu.
mau mencuri-curi lihat kelibat aku juga.
sini,
masih ada tempat lagi untuk kamu.

*aku memang rindukan kamu,kakak.sila pulang,ya?buku lama sudah aku balingkan jauh-jauh.hidup kamu semakin baik,bukan?*

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence