Thursday, January 15, 2009

mahukah kamu?

kalau lah di sekilas detik
sewaktu aku sedang menyongsang
di dalam ribuan manusia di jalanan sempit ini
dengan tersemat sebuah buku puisi di pelukanku
yang terpempan bila mana
terpandangkan sesusuk tubuh kamu
yang dijarakkan manusia beribu itu

mahukah kamu mencari aku seperti mana aku ini?
lantas berlari mendapatkan aku?
dan menuntun aku untuk di bawa pergi bersamamu?
mahukah kamu?

2 comments:

* apa yang dicari? * said...

aku mahu.
bolehkah?

(hehe...)

maaf lama menyepi. kini kembali utk meneruskan bacaan karya kalian.

teruskan.

ya, aku mahu.

tinta jiwa said...

:)

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence