Monday, October 13, 2008

perihal yang menjengkelkan aku

antaranya,

situasi 1:
jengkel di mana aku mempunyai seorang sahabat yang sudah bertahun kamu kenal.sejak di zaman persekolahan.maka,setelah sekian lama,aku mahu menghubunginya.maka,apabila sahabat itu dihubungi,operator voice mail menjawab,

"nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi" atau;
"talian ini sedang sibuk digunakan"
"the number that you call is not in service" (paling sadis nih)

jadinya,aku tinggalkan teks untuknya kan.tapi masih tidak berjawab.
alternatif lain,aku akan menghubungi orang yang terdekat dengannya.bila ditanya adakah dia masih menggunakan nombor itu,mereka menjawab ya.haih!menjengkelkan!sudah bagus aku mahu hubungi kamu bertanyakan keadaan kamu itu.dan yang lagi menjengkelkan,apabila berjumpa dengan klik yang sama-sama belajar dulu.mereka akan menanyakan pasal kamu tau tak.yang mana aku ini perlu menjawab setiap satunya!bukan penat dengan pertanayan2 itu.tapi bosan apabila aku perlu menjawab 'tak tahu'. walhal,suatu masa dulu kita antara sahabat yang rapat.makan sepinggan juga tidur setilam dan sebantal.

kalau pun kamu sudah tidak mahu diganggu,bagitau sajalah dan sekurang-kurangnya teks sahaja.maka,aku takkan menghubungi kamu lagi.serius neh.

situasi 2
jengkel bila mana orang asyik menanyakan status bila mahu berkahwin.haih!siapa tidak mahu bahagia berdua disamping suami terchenta bai?sabar lah..seru tak sampai lagi.keinginan tu tak mendesak lagi.tapi akhir-akhir ini aku sangat sukakan kanak-kanak.haha!mungkin itu petanda?tapi tidak dalam masa terdekat ni lah..aku baru 23 tahun la..jauh lagi nak jalan.sahabat-sahabat yang seusia ada yang sudah bertunang,berkahwin bahkan ada yang sudah hampir melahirkan.tahniah korang!kamu semua sedang berbahagia.maksudnya,antara doaku untuk sahabat-sahabat ada yang dimakbulkan.kkalian doakanku juga ya?

situasi 3
jengkel apabila orang asyik mengingatkan aku untuk menurunkan berat badan.haha!which is good guys..aku sayang korang kerana mengingatkan perkara itu.teringat seorang kolig ni berkata,
"girl, you better consider to lose weight after Raya keyh!it's good for health you know since you have bla..bla..bla..bla"
kadang-kadang bosan dan bingit,kadang-kadang seronok kerana,masing-masing akan memasang angan-angan untuk lose weight.maka,esoknya akan mula dengan diet yang sihat.

breakfast: oat or nestum.
lunch : less rice and lots of veges and fruits
tea time : green tea
dinner : soup or porridge

tapi tak sampai seminggu pun..hahah!

situasi 4
Berniat hendak shopping,biasanya slippers,shoes or shirts la.bila dah berkenan,tiada saiz!itu sangat menjengkelkan.sampai seorang sahabat berkata,mungkin kamu kene pakai brandy stuff.sh*t.brandy stuff je ke yang ade saiz aku nih??
kalau mampu aku dah pakai bai!tapi dengan gaji yang ngam2 setelah ditolak itu ini,baik tak payah.hello,yang koyya pun cantik dan boleh dapat saiznya kalau pandai cari.jadi, kepada mereka yang bersaiz chomel,jangan rendahkan keyakinan anda hanya kerana saiz kite.yeaah!

situasi 5
apabila kamu merancang untuk bertemu rakan-rakan,kamu adalah orang yang pertama sampai dan terpaksa menunggu.kalau lima spuluh minit ok lagi la.kalau dah setengah jam ke atas,memang kamu merosakkan mood.tolong lah!aku orang yang menepati masa.jadi jangan bazirkan masa aku hanya kerana menunggu.kerana,kamu boleh dapat lihat muka yang paling palat di dunia selepas itu.tak percaya,cuba!

situasi 6
pagi-pagi masuk office,perkara pertama yang kolig update adalah cerita-cerita politik.eee..jengkel la kawan!kalau kamu bising-bising mengatakan leaders kite corrupt la,government sucks la dan macam-macam lagi,apa je yang kamu boleh buat pun kan?jadi diam!aku nak buat kerja dangan tenang.boleh?

situasi 7
orang yang suke complaint.stop complaining can or not people?dapat makan sedap pun kau complaint,kerje dalam aircond pun kau complaint,tea lady dah buatkan kau kopi tiap-tiap pagi pun kau complaint,ape lagi yang kau nak complaint?laki kau bad in bed taknak pulak complaint?
such an irritating people!

ok,ni antara situasi-situasinya.nak kongsi perkara yang menjengkelkan kamu dengan aku?silakan.

1 comment:

* apa yang dicari? * said...

Tiga perkara ini menjengkelkan aku:

a) Janji Melayu: Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Tapi yang hodohnya janji. Susah benar nak ditepati. Seperti kejengkelanmu.

b) Bad 1st impressions: Pertama kali bersua, sesi bermesra dalam aura kerek dan kemegahan nyata. Peduli apa aku darjat kau. Apa kisah aku harta kau. Maybe kau uptown, tapi jangan pernah tunjuk hero kalau baru berkenalan. Kau bakal masuk buku senarai hitamku.

c) "No sorry": Kategori kedua manusia durjana dalam buku senarai hitamku. Terang-terang salah kau, tapi dengan senyum palat itu kau datang kepit bahuku lantas bersuara, "Relax dude, macam tak biasa aja!" Jauh lebih jijik daripada mereka yang bersalah kemudian berlalu pergi. Karena aku pasti mereka sedar mereka silap, dan mereka lari.

Salam ziarah. Nice blog.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence