Saturday, October 4, 2008

ketibaan syawal yang dinanti

rasa sekejap benar sepurnama ramadhan sudah berlalu.kini sudah masuk syawal yang keempat (mengikut kiraan masa entri ini dinaikkan).syawal yang dinanti.hari yang dinanti untuk mengunjungi makam bonda.sejak 2006,syawal yang kunanti hanya untuk itu.sesudah menyempuranakan solat sunat aidilfitri,kami bergegas ke tanah perkuburan masjid klebang,melaka untuk mengunjungi makam bonda.perkara yang aku tidak sabar nantikan.sehari sebelum,aku dan adik sudah mencari daun-daun pandan untuk dibuat bunga rampai.kucampurkan dengan sedikit bunga kenanga yang dipetik di teratak nenda.sangat harum.semerbak baunya di dalam kereta.dari jauh batu nisan putih itu kulihat kabur.sepanjang perjalanan ke situ mata asyik berkaca.

setiap memori sangat aktif bermain disegenap ruang kotak ingatan.mana tidaknya,aku inilah anak yang paling rapat di ketika bonda memerlukan sokangan dan kekuatan agar dia kuat melawan sakit-sakitnya.daripada menjaga makan minum,menolak kerusi roda untuk bersiram,menguruskan kewangan,urusan doktor,preskripsi sehingga suara terakhir yang dituturkannya aku ini sahaja di sisinya.kawan,kalau kamu,manakan bisa kamu luputkan semua itukan?aku seorang sahaja yang melihat dan merasa semua itu.aku belum puas dengan semua itu.bonda pernah berkata maaf padaku kerana dirinya itu meyusahkan walhal,semua itu sebahagian daripada bahagiaku yang kekal hingga kehujung nafas,bonda.

tapi mereka-mereka ini tidak akan pernah mengerti mengapa setiap kali aku teringat akan bonda,airmata ini menjurai secara tiba-tiba.aku yang menghadapi semua itu.mengajarkan ucapan kalimah syahadah di cuping bonda.kamu tau apa!hanya memintaku redha dengan pemergiannya.hey!aku redha dengan pemergian bonda.aku lega dia pergi kerana tidak perlu lagi melihat seksanya dia menghadapi semua sakitnya.juga tidak perlu lihat sedih yang disimpan kerana memakan hati dengan sikap-sikap mereka yang wujud tapi tidak pernah ada disisinya di saat dia memerlukan.ya Allah,semoga seksanya bonda itu sebahagian daripada penyucian dosa-dosanya padaMu ya Allah.ya, aku redha.

selamat hari raya,bonda!kami di sini merindu.tenang ya di sana..

No comments:

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence