Saturday, December 13, 2008

hembuskan kala nafas syurgamu, bonda

Aku ini si gila
Yang sedang cuba mendepangkan tangannya
mengharapkan langit biru rebah dalam pelukan
mau mendakap indah sepuas-puasnya
terus berdiri mencari jernih mata itu

hutan, terus menebal
mari terus hijaukan rasa hatiku
penuhkan dengan rasa rindu
aku mau kau tahu
rindunya aku

melihat sekilas ada wajahnya
adalah bisa untuk kembalikan jiwa
kecamuknya di dalam
kerana rindu-rindu sedang berterbangan
kerana hati sedang bertaburan
semuanya sedang mendebu ke langit jingga

kabus,
tutupkan mata si anak gila ini
yang tak pernah berhenti mencari-cari
serpihan jiwa
di kala rindu pada bunda menjulang-julang

dengan itu,
hembus kala nafas syurgamu, bunda
dihujung ubun-ubun anakandamu
untuk dia lagukan ketika beradu

No comments:

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence