semalam itu
ketika kamu sudah menghela nafas
bersiap melangkah pergi
aku mintakan kamu tunggu sebentar
kamu diamkan tanpa laku
sunyi.
sepi.
suluhan mata ada berbicara
agar kau membenarkan aku
meminjam bahumu
lantas jemarimu membawa
kepala membenam
terlekap wajah sugul
di situ
dan kubasahi ia semahuku
sunyi semakin mendatar
kita semakin membisu tiada bicara
kerana aku tau
kamu sedang mengerti
dengan bicara abstrak ini
tapi kamu tetap akan pergi
tiada dermaga untukku berlabuh lagi
1 comment:
Love is a risk.
You always get hit out of nowhere,by some wave and end up on your own.
Aku rasalah.
Post a Comment