Wednesday, April 1, 2009

katakanlah ia realiti.

katakanlah
kelibat yang melintas sebentar tadi
itu adalah kamu.
atau
katakanlah itu cuma bayang yang melintas
dalam bayangan aku
maka,
adakah itu rindu aku?
atau
aku sememangnya rindukan kamu?
kenangan tetap di situ
tidak terusik
aku tetap biarkan
dan katakanlah
yang melintas tadi realitinya
adalah kamu.
mau mencuri-curi lihat kelibat aku juga.
sini,
masih ada tempat lagi untuk kamu.

*aku memang rindukan kamu,kakak.sila pulang,ya?buku lama sudah aku balingkan jauh-jauh.hidup kamu semakin baik,bukan?*

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence