Thursday, April 23, 2009

well..happy birthday to you..

jam 8.15am.
celik mata.
merenung siling sebentar.
terasa tiada apa.
melangkah longlai.
radio dihidupkan.
segelas air jarang diteguk.
bersihkan diri.
bersiap.
melangkah keluar rumah.
merenung langit pula.
biru dengan sedikit awan2 dramatik.
kereta berpusu.
melintas jalan.
mentari pagi sedikit memanaskan.
ada yang berselisih mengucap selamat pagi.

dan baru teringat..hari lahir sendiri.
*senyum*

tiada apa yang istimewa.biasa2 juga.

dan..

sekurang-kurangnya masih ada yang ingat..
*senyum*

sekurang-kurangya pagi di kantor dimulakan dengan pelukan selamat sempena hari lahir ini.
*senyum*

sekurang-kurangnya ada yang menghulur sekotak kecil hadiah..
*senyum*

sekurang-kurangnya dapat juga sejambak bunga(bermacam jenis dan sampai ada yang aku tak kenal jenis bunganya..)
*senyum*

sekurang-kurangya ada yang teks kan "Selamat Hari Lahir!!"
*senyum*

sekurang-kurangnya ada ucapan yang disusuli dengan doa semoga dimurahkan rezeki..amin.
*senyum*

dengan semua itu..
sekurang-kurangnya sesekali terasa hidup ini sempurna sebenarnya.
cuma kamu mahu mengiyakan atau tidak.
*senyum lagi*

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence