Thursday, November 6, 2008

bila sudah bertemu?

kalau sebelum ini ligat telefon bimibitku bertalu dengan sms-sms kamu,
hari ini tidak lagi.
semalam sudah ketemu.
tanpa dijangka ya?
terima kasih dengan kejutan begitu.

baik,
sebelum aku melangkah kaki keluar rumah,
di mana kamu menanti dihadapan pagar itu,
aku cuma punya dua benda dalam kepala.

kita akan terus bersahabat tanpa mengira sebarang perasaan yang ada

atau;

kamu diam,lenyap terus dari dalam satu lembar hidup aku

dan hari ini, masih ada sms kamu.
sibuk ya?
maaf kalau mengganggu.

tapi,jangan diam.
kita akan terus bersahabat kan, kawan?

buat kamu yang tak putus-putus menanyakan khabar itu.yang baru aku ketemu semalam.yang sebelum ini melihat diri ini dengan mendengar suara-suara sahaja.
terima kasih.

2 comments:

dumdum said...

salam kenal..!!! =)

entry ini berkisar tentang blind date kah??kenal berbulan,bertahun di alam maya kemudian bertemu?

maaf kalau saya silap mentafsir tapi jika ya,saya pernah rasa indahnya..=) perasaan menerima seseorang yg sudah kita kenal hati budinya jadi tiada bias fizikal.

lari dari kebiasaan bila selalunya kita menilai dan dinilai dari luaran..

tinta jiwa said...

helllo!!

lebih kurang begitu la..
memang indah rasanya..tapi setelah bertemu..
makin jauh je rase..
kenape ek?
saya ini realistik.jadi,saya tak pernah kisahkan fizikal atau rupa.
haih..
tapi dia?

kalau rasa nak menilai manusia dari luaran,maka sila blah dari hidup saya.betul kan?

buang karan dan menyiksa jiwa saje!!

anyway,thanks kerana sudi menjenguk ke sini.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence