Sunday, September 28, 2008

menu berbuka saya hari ini


1) roti jala


lebih kurang jam 4ptg tadi kuajak adik tengah ku ini ke giant.membeli sedikit barang-barang dapur dan bahan-bahan untuk menu hari ini.setelah pulang dari giant,ayahanda masih ada di rumah.kebiasaannya,beliau akan pulang ke rumah keluarga baru untuk berbuka.sebaik sampai, aku terus menyediakan bahan-bahan yang hendak dimasak tadi.ayahanda juga ke dapur.suatu masa dulu,ketika bonda masih ada,kami sekeluarga memang akan sama-sama turun ke dapur dan masak bersama-sama.kerjaku,mengupas bawang,siang taugeh dan apa-apa sahaja yang simple la..hehe..tapi itu dulu.maka, ketika ku sibuk memunggah bahan-bahan itu, ayahanda terus mengambil sekampit tepung.dan berkata,

"nak makan roti jala ey?"

aku menjawab "a'ah la yah,lame betul tak makan."

ayahanda terus membancuh tepung itu dengan sedikit kunyit,telur dan garam.

beliau berkata lagi, "ayah bancuh,kamu kirai la ye?"

aku sekadar mengangguk.dalam masa yang sama tanganku sibuk memotong daging ayam.

kemudian.menumis bahan-bahan untuk kari pula.melihatkan itu,ayahanda terus memanaskan kuali.dan terus mengirai roti jala itu.hmm..sejak akhir-akhir ini kami memang jarang berbual bersama.rugikan?tapi yang aku rasa weird sangat petang tadi,walaupun kami memasak bersama-sama,masing-masing terus membisu seribu bahasa.mengapa ayahanda?aku pun seperti mati akal ingin memulakan perbualan.ah!nak menyedapkan hati,ayahanda sayangkan aku.kalau tidak,masakan dia mau aku menyediakan roti jala..yeah!!mungkin begitu cara ayahanda mau menunjukkan kasih sayangnya..

*diam tapi mata berkaca*


2)kari ayam

yeah..kalau tidak ada kari, tak lengkap la roti jala ini kan..berdebar juga dengan rasa kari aku kali ini.yelah..puasa.mana boleh merasa kan.lagi-lagi apabila kubekalkan sedikit juadah ini kepada keluarga baru ayahanda.tak tau lah bagaimana rasanya.tapi,mengikut pengkritik-pengkritik di rumah ini,merka kata sangat bagus.haha!kakak tau kalian rindukan masakan-masakan sebeginikan?sejak ketiadaan bonda kita.jadi,kakakmu ini sediakan ini.esok-esok mungkin bisa merasa laksa johor pula kan?(adik tengahku menyuarakan semalam bahawa dia maukan laksa johor.dik,kakakmu ini belum habis menuntut untuk juadah itu.nanti kakak buatkan.sedap atau tidak kita tolak tepi dulu ya?promise!)


3) jus longan dan nata de coco

nyamnyam..sedap juga jus ini.tak percaya,kamu cuba.sekadar setin longan dan nata de coco.jangn lupa letakkan ais..sedia diminum!yeaaah..


jadi,itu sahaja juadah berbuka kami adik-beradik hari ini..simple,tapi valuenya..tersangat-sangat berharga.roti jala bancuhan dan kiraian ayahanda, kari ayam masakanku,dan jus longan dari adik-adikku.perfect!lengkap dengan segala rasa.segala rasa kasih sayang dan rindu-rindu kita yang semakin jauh.


2 comments:

j z . z said...

siang taugeh?

da lama ako x berbuat demikian.

owh!

tinta jiwa said...

haha..perkara yang aku paling tak suka ialah kena siang taugeh dan ikan bilis.leceh!

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence