Saturday, September 27, 2008

welcome home, dear

maaf,entri ini sepatutnya sudah dipost semalam.tapi atas sebab kesibukan aku,maka baru sempat menaikkan entri ini hari ini.

lebih kurang pukul tiga pagi aku tiba di skudai.sebelum sampai,sempat memanggil adik tengah ku untuk menjemput ku.namun,tiada transpotasi katanya.tidak mengapa.ku tekskan sahabat yang seorang itu pula,namun jawapannya,cukai jalan sudah mati.roadblock di mana-mana.haih..

kepulangan kali ini tidak berjemput?tidak mengapalah.sekali-sekala.nasib ada teksi menunggu.maka, dengan mata yang terpisat-pisat ini,kumintakan pakcik pemandu teksi itu menghantarku.kena lah rm12.dah sampai.



apa yang aku nak bercerita ini berkenaan gadis-gadis yang dihadapan dan disebelah ku semasa aku di dalam bas tadi.ceritanya bermula sejak di bukit jalil lagi tadi.ada tiga orang gadis.rakan karib nampaknya.lebih kurang lingkungan 19 tahun.sahabatku menemaniku juga ketika menunggu bas.sementara aku meletakkan luggage ku di boot bawah bas,dia sempat berbual dengan gadis-gadis ini.tiba-tiba sahabat memanggil namaku.



"ai, adik ni nak duduk dengan ko.tempat duduk die jauh kat belakang.tapi member-member dia duduk dekat dengan ko"kata zam.



"owh!aa..ok la.dah bagitau driver ke?"

"saya dah bagitau kak..rasenye ok kot.."



maka,aku terus menaiki bas.tapi yang tak sedapnya,gadis itu telah mengambil tempat dudukku,tepi tingkap.haih!siap cakap tu,"takpe kan kalo akak dok sebelah saye nih?"
aku sekadar ok,lebih kurang je lah kan..maka sebaik sahaja gadis ini load barang2 die,telefon bimbitnya berbunyi.tapi dijawab dengan nada agak kasar.aku diam.sekali lagi berbunyi.dijawab dengan nada marah-marah,dan ditarik langsir tingkap itu.haih!aku sudah mula irritating dengan perlakuan gadis ini.aku diam lagi.rasa macam nak bagitau kat gadis itu begini, "dek,boleh tak duduk dengan tenang supaya kamu ini tidak mengganggu ketenangan yang lain?"haha..sangat menjengkelkan gadis ini!!

sempat juga aku mendengar perbualan dia.nampak gaya macam sedang berperang perasaan dengan sang chentanya.tapi,gaduh dengan yang ini,berteks pula dengan yang lain..haih..budak-budak zaman sekarang..tak cukup dengan yang satu.kalau aku,dah ada tu,stick je la dengan yang satu..ah!mungkin aku pencinta setia..untung kamu dapat aku tau!haha..

sepanjang perjalanan ke jb aku tidak dapat melelapkan mata kerana ketenangan yang diganggu gugat.sehinggalah bas berhenti diperhentian machap,penumpan single seat disebelahku turun.terus aku beralih disitu.gadis itu hanya memandang.lantak lah!kakak tak selesa disebelah kamu la dik.begitulah ceritanya..

tips menaiki bas,hormat orang disebelah anda dan jangan ganggu gugat ketenangan orang.

No comments:

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence