Saturday, September 13, 2008

ayu yang kukenal semalam

cukup lembut.mata sentiasa berkaca.tersirat seribu satu rasa dapat kulihat dari matanya.sentiasa mengukir senyuman untuk sesiapa sahaja.

semalam, zam call dan meminta kau menemaninya ke mantin untuk menghantar nendanya di sana. kata zam lagi, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual dan melayan tasya(puteri saudara dia dan juga buah hatiku). maka, aku setuju.dia menjemput aku selepas maghrib.

lebih kurang jam 8.30 malam, zam sampai. sebaik sahaja ku meluru ke dalam perut kereta, zam mengatakan yang dia perlu ke sebuah apartment untuk menjemput rakannya pula.aku mengiyakan sahaja. nendanya sedang tidur di belakang, sedang aku asyik melayan bual si tasya (baru menjangkau tiga tahun..comel!)

agak hairan juga aku kenapa zam mahu menjemput rakannya itu lalu aku menanya,

"siapa kawan ko tu?"
"ayu,tunang ex-bf aku"tenang jawabnya
"kenapa ko nak kene jemput dia?"lagi soalan kutanyakan
"dia merayu mintak tolong kat aku.tak tahan dengan tunangnya tu,panas baran sangat.semalam baru kene tibai lagi," dengus zam agak serius.
aku sempat mengucap panjang.terfikir, masih ada lagi makhluk Allah yang kolot sebegini.mahu melampias segala kemarahan disebabkan perkara yang sekecil zarah dengan meletakkan tangan ke atas wanita.brengsek!

bukankah wanita perlu dijaga,ditatang,dibelai dan dimanja?
hey jahanam!kalau kau tak tahu menghargai,tolong jangan memuja dia.tolong lepaskan dia.

melangit sumpah janji dan kata yang kau beri,namun apabila dia termakan pujuk rayumu,dilayan seperti binatang pula!jahanam punya manusia!
*maaf,aku terlalu marah sahabat sekalian dengan perangai manusia keji seperti ini*

maka, setibanya kami ditempat ayu, kami memakir ditempat yang agak tersorok.
zam meminjam telefon bimbit aku,lantas mendail nombor telefon ayu.

"hmm..sekarang.aku tunggu kat bawah ni.ko jangan lambat2. takut ade orang nampak pulak,"
seriusnya suara zam.sebaik zam mematikan talian, enjin kereta pula mati.

aku merasakan seperti berada di dalam drama melayu yang tipikal.sinopsisnya,bercinta,dek sebabkan cemburu,klimaksnya si perempuan terpaksa menerima habuan daripada si jantan yang pendek akal.si perempuan melarikan diri.dan aku seperti watak2 tambahan,membantu si perempuan untuk menyelamatkan diri.

Ya Allah, dugaan apa pula kali ini.berkali-kali zam mencuba untuk menghidupkan enjin.masih tidak berjaya.maka aku berkata,

"tenang zam, bagi kereta ko ni mase sikit, jap lagi ok la ni,"kataku memberi semangat
zam masih tenang. sementara nendanya sudah berbunyi sedikit2.zam cuma meminta nendanya bersabar.setelah sepuluh minit, enjin berjaya dihidupkan.alhamdulillah.

ayu masih diam dibelakang. yang kedengaran sok sek hidungnya seakan baru berhenti menangis.maka,kami meneruskan perjalanan ke mantin.setelah menghantar nenda zam,kami meminta diri kerana malam semakin larut.tasya juga sudah keletihan nampaknya.

di dalam perjalanan pulang, zam sengaja mematikan radio.aku meminta dia menghidupkan semula,namun zam berkata,
"aku nak dengar cerita ayu,"
aku terus menoleh kebelakang,dan ayu menundukkan mukanya.

setelah dipujuk,ayu memulakan cerita.dari sudut pandangan aku, mengapa ayu yang lembut ini harus merasa penangan dan sepak terajang hanya kerana pulang ke rumah lewat beberapa minit sahaja?aku tak nampak perlunya semua itu dihukum ke atasnya.itulah,si jahanam yang cemburu membuta tuli.tolol dan kolot!

maka, jalan terbaik,kami mencadangkan ayu agar pulang ke pangkuan keluarga dahulu,berbincang segala pemasalahan yang berlaku.pada mulanya ayu agak keberatan,namun setelah dinasihati,dia menurut juga.

kami terus ke stesen pekeliling.mencari2 tiket bas untuk ayu.aku menunggu di dalam kereta kerana tasya sudah nyenyak di pangkuan cik ai nya ni.15 minit berlalu.hampa,kerana tiada bas di waktu2 malam begini(hampir ke jam 12.30mlm).

solusinya, zam meminta jasa baik aku untuk menumpangkan ayu di rumah sewaku.tu sahaja jalan yang kami ada.maka, aku setuju. di dalam hati,gusar juga ya.kerana ayu yang baru kukenal beberapa jam lalu,sudah aku tumpangkan bermalam di rumahku.untuk menyedapkan hati,ah!apa salahnya menolong orang yang memerlukan kita.hari ini hari dia,mungkin esok aku lebih keberuntungan?siapa tahu.

sebaik tiba dirumahku,aku kata pada ayu yang dia tak perlu malu2.dia sekadar mengangguk.
sementara dia membersihkan diri,aku bersiap menyediakan tempat tidur.alah,rumah bujang.sekadar beralaskan tarita.

sesudah itu, kami menonton televisyen bersama,berbual sedikit2.serba sedikit aku tahu tentang ayu.mata agak mengantuk,matikan televisyen, terus hanyut.

tersedar jam 5.15 pagi.cepat2 ku ke dapur.menyediakan sahur untuk aku dan ayu.sekadar nasi goreng.ku hangatkan dan membancuh nescafe untuk kami.

usai solat subuh,kami bersiap-siap untuk menunggu zam.kami akan ke pekeliling semula untuk menghantar ayu.sepanjang perjalanan, zam menceritakan pengalaman dia semasa bersama tunang ayu dahulu.kukira sekadar peringatan dan langkah2 berjaga untuk ayu.bagus juga,sekurang-kurangnya ayu tau siapa tunang dia sebenarnya.bukan untuk mengapi-api,sekadar untuk ayu berfikir jauh atas hubungan itu.kasihan dia..

tepat jam 7.00 pagi, ayu selamat bertolak ke pahang.semoga dia baik2 sahaja.doaku agar dia selamat sampai.

wahai kamu tunang ayu!jangan kau carikan ayu ini dahulu.biarkan dia tenang2 dahulu.dengan adanya kamu yang brengsek itu,gadis ini sudah cukup menderita!

hari ini kau tangankan dia,esok kau menangis memuja
hari ini kau sepak terajangkan dia, esok kau sujud berjanji menyesalinya
kau yang brengsek ini,tidak pernah akan berubah.
janji2 kamu itu sekadar sampah.

No comments:

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence