Monday, September 22, 2008

sekadar perempuan tiri

Aku tak pernah menginginkan kau
Untuk ada dalam lembaran kisah hidup ini
Kerana aku tau
Kamu itu tak perlu

Keberadaan kamu di dalam hidup
Hanya menyengkang segala yang ada
Buat aku jauh,
Buat aku terlalu rindu
Dengan lelaki yang membesarkan itu

Aku sangat pasti dengan tiadanya kau dalam hidup ini
Aku masih mampu berdiri
Berlari jauh
Merentas benua kehidupan menongkah arus

Kamu!!sekadar picisan
Dan takkan mungkin dan takkan bisa
Menempatkan dirimu di mana-mana
Untuk apa semua itu?
Kerana aku masih bersama dia,bondaku.

Cuma, aku perlu akur,
Takdir itu sudah ada untuk aku
Kamu perlu ada hanya untuk lelaki yang kujunjung kasihnya itu
Walaupun kau aku sekadar memandang kosong
Tidak memberi sebarang erti.Maaf, kamu itu tak perlu dalam hidup ini.

No comments:

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence