Sunday, September 21, 2008

mengenai seorang anak perempuan ayahandanya

petang tadi ayahanda call.mintak tolong ku memasukkan wang ke dalam akaun adikku yang berada di melaka.buat wang saku untuk pulang ke teratak bonda nanti.aku mengiyakan sahaja.aneh ya?sepatutnya perbualan itu menjadi mesra di antara ayah dan si anak,dengan bermukaddimahkan pertanyaan khabar dan keadaan kehidupan ku di sini.tapi perbualan petang tadi terlalu straight forward kurasakan.yang lagi tidak masuk akal,perbualan itu hanya sempat menjangkau tiga puluh tiga saat.sangat tidak logik.tapi begitulah situasi si anak perempuan tunggal ini dengan ayahandanya.kesian.menyedihkan.

suatu masa dulu,aku inilah anak yang dikasih2 itu.ayahandanya memberi sahaja apa yang dimahukan.dikelek ke sana ke mari.setiap pagi dihantar ke sekolah sendiri oleh ayahanda.sedangkan adik2 yang lain terpaksa menaiki bas sekolah.wang saku yang lebih.bebas ke mana sahaja.dipanggil guru tuisyen persendirian ke rumah untuk aku semata.serba serbinya aku akan mendapat yang lain daripada orang lain.nampak istimewa bukan?tapi itu dulu.waktu engkau ditatang2 dan disayang2.sekarang tidak ada lagi itu semua.

semua itu kubiarkan berlalu.dibiarkan sahaja dalam lipatan kenangan.

lebaran semakin hampir.ayahanda sudah ada keluarga baru.sejak pemergian bonda, kami makin jauh.bukan aku tidak gembira untuk kehidupan baru ayahanda itu, tapi aku masih belum boleh melepaskan kenangan gerhana yang pernah berlaku dulu.bukan aku tak redha,tapi mungkin kerana masih merasakan bonda berada dekat di sini.walaupun pemergiannya sudah menjangkau tiga tahun.yang kukirakan bagai baru tiga purnama berlalu.sakit kamu tau,bila orang yang kamu sayang dan bermakna itu sudah pergi dari kehidupan kamu.membuatkan semuanya berantakan.keluarga,emosi,akal dan segala.*mata sudah berkaca-kaca,skrin nampak kabur sahaja*

namun bonda tidak pergi dengan semua yang ada padanya.sisa ketabahannya dalam mengharungi segala takdir di hadapan mata ada ditinggalkan untuk aku.juga kerikil-kerikil semangatnya yang pernah dihancurkan ayahanda dulu.aku kutip dan kusimpan di dalam jiwa ini, bonda. buat aku bisa melihat dunia ini masih jauh untuk aku jalani.tuhan, semoga lebaran kali ini aku dapat sambut dengan satu perasaan yang seperti dulu.seperti anak perempuan dengan ayahandanya yang tercinta itu.*gugur juga airmata ini*

3 comments:

j z . z said...

ako juga anak abah!

bukan mudah maw jadi dedi lita gurl.

(;

tinta jiwa said...

yup..
cumanya..aku ini kena kuat kan?

j z . z said...

*wink*

kamu boleh.

MENGENAI TINTA JIWA?

My photo
sesuatu yang simple dan silence